Powered By Blogger
Isabella Amiira Binti Muhd Haq Zulkarnain , atau mungki

Saturday, April 16, 2011

Bella Jatuh Cinta ?

        Nampak tajuk di atas ? ? OMG ! tak mungkiiiiiiiiiin sesangat lerrrrrr ....... huh ! tapi kenyataannya mmg ya . Ni semua gara-gara Bella terpilih untuk jadi Pasukan bantuan kecemasan tuwh . . . . . kenapa lah Bella tak tarik diri jer ? Kenapa Bella teruskan jugak . . . hadoooiiiiiiiiiiiiii 
   
 Hari Sabtu bersamaan 16 April 2011 , Tepat jam 6 pagi semua pelajar yang terpilih untuk menjadi pasukan bantuan kecemasan dah tercegat depan pintu bilik kesihatan yang terletak di blok Armania . Pembahagian tugas sudah pun diagih-agihkan . Dan tunggu masa untuk dilaksanakan dengan efisyen jer lagiiiii . huhuhuh . Bella , Opera , dan Rania ditugaskan di kanopi  acara bola keranjang . sukan Bola Keranjang Kat Sekolah Tinggi Stella ni kebanyakannya diconquer oleh budak-budak berbangsa cina . 50% budak Cina , 30% budak melayu yang dalam ketegori lampai dan kacak dan selebihnya lain-lain . ahhahahahaha . tapi semua tu mukadimah jer . Tepat jam 9 pagi 28 minit 59 saat bermulalah sebuah ceritera  , Opera ( walaupun anak raja , tapi dia tidak dikecualikan untuk dipilih dalam mana-mana aktiviti ) dan Rania ditugaskan untuk mengambil berbakul - bakul bola keranjang yang ada di stor sebagai spare , kot kot ada bola yang tetiba jer k.o dengan kata lain takdew angin .
  
      Masa diorang pergi tu , Bella tinggal lhar sorang sorang dekat kanopi tu dengan Cikgu Azawaria yang ditugaskan menjadi urusetia acara tersebut . Tiba-tiba wisel dibunyikan . . . frrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttt ! semua pemain berkumpul di tengah padang . Tiba-tiba Cikgu Khairul meluru kearah Bella .

 Cikgu Khairul : Bella , cepat ambil tempat ada budak cedera .

 Bella : Baiklah .

  Dengan gelabahnya Bella membuka peti kecemasan mcm kucing takdew tangan( gopoh sangat ! almaklumlah nervous tahap gaban ) pemain tu diusung menggunakan strecher . Tapi Bella tak nampak pun lagi muka dia.

Cikgu Azawaria : Alah , sikit je ni . Takpe Bella , awak cuci luka ni , lepas tu balut . eeeeHhh . lupa , sebelum balut , letak ubat dulu . Paham ? saya nak pergi kanopi Bola Sepak , ada budak pengsan .

 Bella diam jer . . . masa Bella nak cuci luka budak tu , tiba-tiba dia menegur Bella .  " pelahan sikit sakit ni '' ujarnya . Bella pandang wajahnya . Ya Allah ! inikah malaikat yang kau ciptakan untuk tinggal diatas bumi ?
Pandangan mata kami bertaut .

 Bella : errrr .  . . . okey
    Bella menyapu perlahan ubat antiseptik itu ke permukaan lututnya dengan berhati-hati. Selesai sahaja mencuci , menyapu ubat , Bella segera membalut luka itu . '' manalah agaknya , Pera dengan nia ni ? "


Bella : Awak , saya rasa awak boleh berehat dulu . Nanti kalau awak gagahkan diri untuk main lagi , saya        takut luka tu makin teruk .

" err . tunggu " ujarnya sebelum Bella melangkah keluar dari kemah kecemasan . " Siapa nama awak ? Saya Haiqal . " dia memperkenalkan dirinya .

Bella : Saya Isabella . usually they call me Bella .


Haiqal : wow ! such a beautifully name . Nice to meet you . Anyway thanks for that treatment . 


Bella : My pleasure . . sudah menjadi tugas saya .

 Arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrggggggghhhhh ! masa tu mmg perasaan mula bercampur-baur dan memebentuk segala perasaan suka , malu dan maluuuuuuuuuuuuuuu sangat sangat !

 Malam tu , Bella senyum sendiri tak mungkin lah Bella dah jatuh cinta kat dia .. Bila teringat kisah tu , konfom sekuntum dan berkuntum-kuntum senyuman terukir . Mau tak nyew . . . .  muka dah lah kacak . . baik pulak tu . Selalunya sekolah Tinggi Stella memang banyak menyimpan jejaka yang kacak mengalahkan Tom Cruise , tapi semuanya sombong yang amat ! ada pun keramahan mereka tu untuk anak raja yang bergelar Puteri Opera Qistina . AAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! alangkah indahnya kalau dia sudi nak kawan dengan Bella !

 Bella ! stop ! sedarlah diri tu sikit . . . muka sikit pun tak cantik ada hati nak kawan dengan budak kacak tu ! pergi tanam lah angan-angan kau tu tepi pokok . . . . dia tu bulan , kau tu pungguk . 

Hahahhahahahahha . Bella . . . Bella . . . . . .. . . . iya x iya jugak . . siapa lah Bella ni . . . .  

No comments:

Post a Comment